Pages

Tuesday, 8 October 2013

Konvensyen NSTP


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila pertama kali menghadiri Konvensyen NSTP yang diadakan pada 11 September 2013 di Hotel Thistle Johor Bahru di mana saya merupakan peserta paling muda di Konvensyen tersebut. Untuk makluman Tuan-tuan, Cik, Puan. Konvensyen NSTP merupakan majlis di mana ianya memanggil usahawan-usahawan untuk mempromosikan pakej pengiklanan di akhbar Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

 3 hari lagi genap sebulan tarikh Konvensyen tersebut berlangsung, tetapi saya masih lagi tidak dapat melupakan pengalaman semasa berada di sana. Kelihatan yang hadir adalah usahawan-usahawan yang telah berjaya daripada syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia. Alhamdulillah, banyak yang dapat saya pelajari daripada pengalaman menghadiri Konvensyen tersebut dan yang paling penting saya dapat mempelajari sesuatu daripada golongan korporat yang hadir. 

 Dalam perniagaan 'networking' salah satu perkara yang amat penting bagi melancarkan perjalanan sesuatu perniagaan. Itu prinsip yang saya pegang dan ianya bukan saja boleh diguna pakai di dalam perniagaan, malah di dalam kehidupan juga memerlukan 'networking'. Sememangnya Konvensyen ini memotivasikan lagi diri saya untuk berjaya dan menjadi 'Jutawan Industri Kaya dan Berjaya'!

 Terima kasih kepada En. Edzwan kerana telah memberi saya peluang untuk menghadiri Konvensyen NSTP.

No comments:

Post a Comment