Ashraf Der Sean
Thursday, 23 October 2014
Rahsia Untuk Jadi Kaya!
Monday, 29 September 2014
Bagaimana Untuk Mencapai Matlamat
Salah satu cara bagaimana untuk mencapai matlamat dalam hidup.
Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan kita ke arah mencapai matlamat hidup.
Matlamat adalah perkara penting yang kita perlu programkan dalam Minda bagi membolehkan kita untuk mencapai sesuatu Kekayaan dan Kejayaan dalam hidup. Bila kita sebut pasal Kekayaan, pasti ramai yang melihat dari sudut kewangan. Sebenarnya kekayaan bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi pelbagai aspek boleh dikaitkan sebagai contoh kekayaan kesihatan, kekayaan budi bahasa, kekayaan ilmu dan sebagainya.
Kebiasaannya, manusia berkeinginan untuk mencapai sesuatu dan mengubah kehidupan tetapi mereka tidak menulis untuk mencapai perkara tersebut. Saya pernah diajar oleh guru saya Dr. Azizan Osman tentang bagaimana untuk menulis matlamat dalam hidup supaya matlamat tersebut lebih mudah untuk kita capai dengan izinNya. Minima matlamat yang kita perlu tuliskan adalah sebanyak 101 matlamat dalam hidup. Teknik ini adalah teknik yang berkesan untuk kita lihat perubahan dalam diri, keluarga dan masyarakat dan sudah tentu tanpa mentor, ilmu, sistem, tindakan, impian kita tidak kemana. "Dreams don't work, unless we do."
Untuk mencapai matlamat yang telah kita programkan dalam Minda, pergerakan kita seharian hendaklah mengikut apa matlamat yang telah kita tetapkan. Teknik ini dipanggil sebagai "Things To Do" (TTD). Teknik ini saya lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Saya akan senaraikan perkara yang perlu dilakukan pada keesokkan harinya. Untuk senaraikan perkara yang perlu dilakukan, kita perlu pastikan perkara yang kita senaraikan tersebut berkaitan dengan matlamat yang telah kita tetapkan.
Alhamdulillah, dengan teknik ini perjalanan saya seharian menjadi lebih lancar untuk mencapai matlamat. Kini tiada lagi persoalan "tidak tahu nak buat apa" dalam diri. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak pergerakan seharian anda semoga lebih lancar dan dipermudahkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. InsyaAllah
Thursday, 18 September 2014
Bagaimana untuk menambah rezeki dan memperoleh ketenangan dalam hidup
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullahialahlapan rakaat.
.
1. Niatnya:
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
5. Berdoa
.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
وسلام
By; shafiqolbu
Editor ; Ashraf
.
Thursday, 2 January 2014
Perniagaan Pertama
Saya adalah seorang yang suka berniaga, kerana perniagaan itu adalah suatu sunnah di mana Rasulullah S.A.W sendiri pernah berniaga sewaktu Beliau kecil lagi. Pada pendapat saya, kenapa tidak orang Islam sendiri meniaga, mengamalkan sunnah dan kenapa bangsa lain yang beria-ia mengamalkan sunnah Nabi? Cuba kita renungkan bersama kerana 9/10 daripada rezeki datangnya daripada berniaga. Cuma bagaimana laksanakannya memerlukan Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Impian untuk menjadi perniaga yang berjaya.
Pada awal bulan November, saya di tawarkan untuk membuka sebuah Mini Mart di sesuatu program yang Pengakap dipanggil sebagai Johor International Jamboree di Kulaijaya, Johor. Di mana program ini melibatkan Pengakap di seluruh peringkat antarabangsa akan berkumpul di sini. Dengan keadaan ekonomi saya yang tidak berapa stabil selepas saya berhenti bekerja menyebabkan sukar untuk saya menerima tawaran tersebut dengan melibatkan modal yang besar untuk membeli barang-barang keperluan. Tetapi pada masa yang sama saya terfikir inilah peluang yang ada untuk menambah pendapatan saya. Justeru itu, saya nekad untuk mengambil dan menerima peluang ini tidak kira apa sekalipun perkara yang menghalang kerana saya tahu Allah SWT ingin memberi sesuatu kepada saya dan saya menganggap ini adalah suatu cabaran untuk saya hadapi.
Program ini berlangsung pada 16-21 Nov 2013, persediaan yang dilakukan sebelum berlangsungnya program adalah dengan mencari Mentor yang berpengalaman dalam bidang perniagaan peruncitan. Banyak Elmu yang saya pelajari daripada Mentor tentang bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan peruncitan daripada awal sehingga akhir program. Elmu yang diberikan banyak memberikan saya semangat untuk terus berjuang membuka Mini Mart dan disokong oleh Tindakan dan Impian. Senarai barang keperluan perlu dibuat dan dinilai sama ada barang keperluan tersebut sesuai atau tidak dengan keadaan kawasan dan sebagainya. Segala barang keperluan dibeli sebelum tarikh bermulanya program dan saya mencari seorang pembantu yang boleh membantu saya dalam menjalankan perniagaan ini.
Pada 16 Nov, saya tiba di tapak perkhemahan Hutan Bandar Putra dan mengatur serta menyusun segala barang keperluan yang akan diniagakan. Dipendekkan cerita, jualan pada 16-21 sememangnya diluar jangkaan. Dengan teknik jualan, pengurusan kewangan, dan kumpulan sasaran serta kaedah-kaedah lain, saya dapat meningkatkan jualan pada setiap hari sehingga tarikh akhir program. Alhamdulillah, walaupun terdapat masalah yang saya hadapi semasa, sebelum dan selepas program, saya belajar banyak perkara dalam menjalankan perniagaan. Apabila saya berniaga ini bukan sahaja Elmu yang saya dapat tetapi pengalaman serta semangat yang tinggi untuk meneruskan aktiviti perniagaan di masa akan datang.
Akhir kata, saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan cik puan di luar sana. Berniaga itu adalah satu sunah, jadi apa salahnya kita menegakkan sunah demi meningkatkan lagi taraf hidup kita serta masyarakat. Saya selalu berpegang kepada maksud ayat di dalam Al-Quran iaitu "Tuhan mengikut sangkaan hambanya.", apa yang kita niat, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat itu adalah satu doa. Jadi penegasannya adalah sesuatu peluang yang datang, kita tidak tahu sama ada ianya akan kembali atau tidak dan manfaatkan peluang yang ada dan niatkan dengan betul. Persoalan kenapa lebih penting daripada bagaimana.
Sharing is caring, caring is loving :)
Assalamualaikum
Sunday, 24 November 2013
Johor International Jamboree 2013
Thursday, 14 November 2013
Press Conference House Of ZamZam
Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercik orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penelitian ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahwa zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding sumur lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan efek penyembuhan
Zamzam juga mengandung zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya
Yang juga menakjubkan adalah, tak ada sedikit pun lumut di sumur ini. Zamzam bebas dari kontaminasi kuman
Anehnya lagi, pada saat semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, sumur zamzam tetap berair. Dan zamzam memang tak pernah kering sepanjang zaman.


























