Pages

Thursday, 23 October 2014

Rahsia Untuk Jadi Kaya!

Bersedekah adalah salah satu cara bagaimana untuk menjadikan diri kita kaya.

   Ramai yang salah anggap, kekayaan bukan sahaja dari aspek kewangan akan tetapi pelbagai aspek boleh kita kaitkan dengan kekayaan. Sebagai contoh, kekayaan elmu, kekayaan kesihatan, kekayaan budi bahasa, kekayaan idea dan banyak lagi. Kita perlu ubah corak pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Jangan kita terlalu mengejar hal dunia sehinggakan melupakan amalan yang boleh kita bawa ke akhirat nanti. 



   Ada beberapa rahsia untuk menjadikan kita kaya tanpa diduga. Banyakkan bersedekah dan ada beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya. Bersedekah adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah SWT. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih (Ibrahim : 7)

Saya suka mengajak diri saya dan pembaca sekalian. Marilah kita bersedekah ke jalan Allah SWT tanpa meraguiNya. Sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah benar. Pada hari jumaat yang mulia ini, marilah kita bersedekah untuk menjadikan diri kita ini lebih bersyukur kepada Allah SWT. Jangan lokek untuk sedekahkan benda yang lebih bernilai. Sekiranya ada dalam bag duit wang yang paling bernilai sebagai contoh RM50, jangan takut untuk masukkan ke dalam tabung masjid. InsyaAllah, Allah akan tambah berlipat kali ganda lagi. 

Itu saya perkongsian saya pada hari yang mulia ini. Semoga kita menjadi insan yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. InsyaAllah, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment