Pages

Monday, 29 September 2014

Bagaimana Untuk Mencapai Matlamat

Salah satu cara bagaimana untuk mencapai matlamat dalam hidup.


Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan kita ke arah mencapai matlamat hidup. 


    Matlamat adalah perkara penting yang kita perlu programkan dalam Minda bagi membolehkan kita untuk mencapai sesuatu Kekayaan dan Kejayaan dalam hidup. Bila kita sebut pasal Kekayaan, pasti ramai yang melihat dari sudut kewangan. Sebenarnya kekayaan bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi pelbagai aspek boleh dikaitkan sebagai contoh kekayaan kesihatan, kekayaan budi bahasa, kekayaan ilmu dan sebagainya. 


    Kebiasaannya, manusia berkeinginan untuk mencapai sesuatu dan mengubah kehidupan tetapi mereka tidak menulis untuk mencapai perkara tersebut. Saya pernah diajar oleh guru saya Dr. Azizan Osman tentang bagaimana untuk menulis matlamat dalam hidup supaya matlamat tersebut lebih mudah untuk kita capai dengan izinNya. Minima matlamat yang kita perlu tuliskan adalah sebanyak 101 matlamat dalam hidup. Teknik ini adalah teknik yang berkesan untuk kita lihat perubahan dalam diri, keluarga dan masyarakat dan sudah tentu tanpa mentor, ilmu, sistem, tindakan, impian kita tidak kemana. "Dreams don't work, unless we do."


    Untuk mencapai matlamat yang telah kita programkan dalam Minda, pergerakan kita seharian hendaklah mengikut apa matlamat yang telah kita tetapkan. Teknik ini dipanggil sebagai "Things To Do" (TTD). Teknik ini saya lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Saya akan senaraikan perkara yang perlu dilakukan pada keesokkan harinya. Untuk senaraikan perkara yang perlu dilakukan, kita perlu pastikan perkara yang kita senaraikan tersebut berkaitan dengan matlamat yang telah kita tetapkan. 


    Alhamdulillah, dengan teknik ini perjalanan saya seharian menjadi lebih lancar untuk mencapai matlamat. Kini tiada lagi persoalan "tidak tahu nak buat apa" dalam diri. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak pergerakan seharian anda semoga lebih lancar dan dipermudahkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. InsyaAllah 

No comments:

Post a Comment