Pages

Wednesday, 13 November 2013

Seminar Magnet Kekayaan dan Kejayaan

Assalamualaikum!
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis blog ini. 

  3hari lagi genap seminggu saya sudah menyertai Program Magnet Kekayaan dan Kejayaan di The Zon Johor Bahru. Program atau Seminar ini diuruskan oleh kumpulan Richworks dan Mentor Pemasaran No.1 Asia iaitu Dr. Azizan Osman.

  Tujuan utama untuk hadir ke program ini adalah untuk menambah Elmu pengetahuan mengenai perniagaan. Terus terang saya katakan, saya masih lagi tercari-cari perniagaan apa yang akan saya jalankan dan apa kepakaran saya yang dapat saya kongsikan untuk menambah nilai kepada masyarakat. Persoalan ini masih bermain difikiran saya.

  Dalam Program ini, banyak Elmu yang saya pelajari dari Dr. Azizan Osman. Antaranya yang saya suka untuk kongsikan adalah :-
5 prinsip untuk menarik Kekayaan dan Kejayaan.
1. SYUKUR
2. SUJUD
3. SEDEKAH
4. SUCI
5. SELAWAT

Allah SWT adalah tuhan yang mencipta kita sebagai manusia. Kekayaan dan Kejayaan pasti akan datang. Kita mesti yakin dengan kebesaran Allah SWT. Jadi sama-sama kita amalkan untuk menjadi manusia yang kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. In Sha Allah 

No comments:

Post a Comment