Pages

Thursday, 2 January 2014

Perniagaan Pertama

Untuk pembaca, post kali ini adalah satu perkongsian di mana saya ingin berkongsi bagaimana saya memulakan perniagaan pertama saya selepas berhenti bekerja.

  Saya adalah seorang yang suka berniaga, kerana perniagaan itu adalah suatu sunnah di mana Rasulullah S.A.W sendiri pernah berniaga sewaktu Beliau kecil lagi.  Pada pendapat saya, kenapa tidak orang Islam sendiri meniaga, mengamalkan sunnah dan kenapa bangsa lain yang beria-ia mengamalkan sunnah Nabi? Cuba kita renungkan bersama kerana 9/10 daripada rezeki datangnya daripada berniaga. Cuma bagaimana laksanakannya memerlukan Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Impian untuk menjadi perniaga yang berjaya.

  Pada awal bulan November, saya di tawarkan untuk membuka sebuah Mini Mart di sesuatu program yang Pengakap dipanggil sebagai Johor International Jamboree di Kulaijaya, Johor. Di mana program ini melibatkan Pengakap di seluruh peringkat antarabangsa akan berkumpul di sini.  Dengan keadaan ekonomi saya yang tidak berapa stabil selepas saya berhenti bekerja menyebabkan sukar untuk saya menerima tawaran tersebut dengan melibatkan modal yang besar untuk membeli barang-barang keperluan. Tetapi pada masa yang sama saya terfikir inilah peluang yang ada untuk menambah pendapatan saya. Justeru itu, saya nekad untuk mengambil dan menerima peluang ini tidak kira apa sekalipun perkara yang menghalang kerana saya tahu Allah SWT ingin memberi sesuatu kepada saya dan saya menganggap ini adalah suatu cabaran untuk saya hadapi.

  Program ini berlangsung pada 16-21 Nov 2013, persediaan yang dilakukan sebelum berlangsungnya program adalah dengan mencari Mentor yang berpengalaman dalam bidang perniagaan peruncitan. Banyak Elmu yang saya pelajari daripada Mentor tentang bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan peruncitan daripada awal sehingga akhir program. Elmu yang diberikan banyak memberikan saya semangat untuk terus berjuang membuka Mini Mart dan disokong oleh Tindakan dan Impian. Senarai barang keperluan perlu dibuat dan dinilai sama ada barang keperluan tersebut sesuai atau tidak dengan keadaan kawasan dan sebagainya. Segala barang keperluan dibeli sebelum tarikh bermulanya program dan saya mencari seorang pembantu yang boleh membantu saya dalam menjalankan perniagaan ini.

  Pada 16 Nov, saya tiba di tapak perkhemahan Hutan Bandar Putra dan mengatur serta menyusun segala barang keperluan yang akan diniagakan. Dipendekkan cerita, jualan pada 16-21 sememangnya diluar jangkaan. Dengan teknik jualan, pengurusan kewangan, dan kumpulan sasaran serta kaedah-kaedah lain, saya dapat meningkatkan jualan pada setiap hari sehingga tarikh akhir program.  Alhamdulillah, walaupun terdapat masalah yang saya hadapi semasa, sebelum dan selepas program, saya belajar banyak perkara dalam menjalankan perniagaan. Apabila saya berniaga ini bukan sahaja Elmu yang saya dapat tetapi pengalaman serta semangat yang tinggi untuk meneruskan aktiviti perniagaan di masa akan datang.

  Akhir kata, saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan cik puan di luar sana. Berniaga itu adalah satu sunah, jadi apa salahnya kita menegakkan sunah demi meningkatkan lagi taraf hidup kita serta masyarakat. Saya selalu berpegang kepada maksud ayat di dalam Al-Quran iaitu "Tuhan mengikut sangkaan hambanya.", apa yang kita niat, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat itu adalah satu doa. Jadi penegasannya adalah sesuatu peluang yang datang, kita tidak tahu sama ada ianya akan kembali atau tidak dan manfaatkan peluang yang ada dan niatkan dengan betul. Persoalan kenapa lebih penting daripada bagaimana.

Sharing is caring, caring is loving :)

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment