Pada 16 November 2013 telah berlangsung perkhemahan antarabangsa pengakap kali ke-25 di Kulaijaya, Johor. Perkhemahan ini dinamakan Johor International Jamboree 2013 dimana penyertaannya terdiri daripada pengakap di seluruh dunia seperti Scout of Ghana, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia.
Penyertaan bagi Johor International Jamboree ini melebihi 5000 orang. Ini menunjukkan keberkesanan dari segi mempromosikan perkhemahan antarabangsa ini. Perkhemahan yang berlangsung 6 hari 5 malam, bermula 16 hingga 21 November 2013 merupakan perkhemahan yang dapat menyuntik semangat genarasi muda untuk lebih proaktif, semangat berpasukan, dan lebih berdaya saing supaya dapat membantu meningkatkan imej negara masing-masing. Di samping itu juga, perkhemahan ini mengeratkan lagi hubungan di antara negara-negara yang menyertainya.
Ini merupakan Jamboree yang pertama yang saya sertai. Banyak elmu, pengalaman yang saya peroleh dari perkhemahan ini sama ada ianya boleh dijadikan contoh ataupun dijadikan suatu pengajaran bagi memperbaiki kesilapan dari masa ke semasa. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita, sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Toleransi perlu ada dalam diri setiap individu yang terlibat bagi mempermudahkan lagi perjalanan program dan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Secara kasarnya pada saya, program atau perkhemahan ini boleh dikatakan program yang terbaik dan banyak nilai-nilai positif yang boleh kita ambil untuk menambah nilai kepada masyarakat di luar sana.
Akhir sekali, ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Johor International Jamboree 2013 ini sama ada dari hadapan atau belakang program. Kesemuanya sangat membantu dan setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada mereka. Semoga kita lebih perkukuhkan lagi semangat berpasukan untuk lebih maju ke hadapan. Salam Pengakap!















No comments:
Post a Comment